Monday 30 April 2018

Mohon ahli gabungan PKMS dan PMS


Persatuan telah membuat permohonan kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) untuk menjadi ahli gabungan kedua-dua persatuan tersebut.

Sunday 29 April 2018

PKMKS ziarah warga emas usia 77 tahun di Asajaya


PKMKS telah menziarahi seorang warga emas, Puan Jeta Bakar, yang berusia 77 tahun yang menetap di Kampung Asajaya Ulu petang tadi.

Thursday 26 April 2018

PKMKS kunjungi pesakit stroke di Kampung Moyan Ulu dan Kampung Tambirat

Ahli Jawatankuasa PKMKS diketuai oleh Penolong Setiausaha  Dayang Siti Hasnah Abg Haji Joss telah mengunjungi dua orang pesakit stroke di Kampung Moyan Ulu pada petang tadi.

Dalam kunjungan tersebut, PKMKS telah menemubual mereka untuk mengetahui keadaan mereka.

PKMKS turut menyatakan kesanggupan untuk berusaha mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.

Sunday 22 April 2018

Program Rumah Ihsan Wan Junaidi


PKMKS merasa gembira dan terharu diatas keprihatinan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar terhadap masalah rumah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak yang berada dalam Kawasan Parlimen Santubong.

Saturday 21 April 2018

Thursday 5 April 2018

Sarawak mesti SIFAR dadah !


Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan menggesa Kerajaan Negeri Sarawak agar memperhebatkan lagi gerakan anti-dadah bagi mencapai SIFAR-dadah di Sarawak.


Walaupun angka statistik menunjukkan Sarawak berada di kedudukan tiga terbawah, ia bukan suatu angka yang boleh dibanggakan kerana ia menunjukkan masih ada masalah dadah di Sarawak.

Kami percaya Sarawak hanya boleh mendabik dada jika tiada masalah dadah dan bukannya kerana berada di kedudukan tiga terbawah ataupun paling bawah.