Saturday 6 July 2019

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ramlee Julaihi


Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Encik Ramlee Julaihi telah meninggal dunia pada jam 04:11pm @ 18 September 2019.




Isteri pesakit kanser usus tahap 4 mohon sumbangan ramai

Persatuan telah dihubungi oleh Puan Aminah Abdul Hamid, isteri kepada pesakit kanser usus tahap 4 Encik Ramlee Julaihi, pagi tadi.

Persatuan telah memaklumkan pihak-pihak yang berkenaan mengenai masalah yang dihadapi oleh keluarga Encik Ramlee.

Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan ALLAH swt.

Puan Aminah telah menghantar mesej meminta sumbangan yang diviralkan di Whatsapp untuk meringankan beban keluarganya.



Assalamualaikum wbt.

Saya Aminah bt. Abd Hamid bekas pelajar SK (A) DHAKH dan SMB (A) MIS.

Saya ingin meminta ihsan sahabat serta rakan taulan.

Suami saya Ramlee b. Julaihi telah lebih tiga bulan terlantar menderita kanser usus tahap empat.

Pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas, beliau telah menjalani pembedahan kali ketiga iaitu membuang pankreas serta usus sepanjang 20cm.

Kini, sumber utama mata pencarian keluarga hilang serta merta, saya adalah surirumah sepenuh masa dan menampung perbelanjaan keluarga dengan berniaga makanan masak secara kecil-kecilan di rumah dan membuat COD makanan bersama anak sulung, namun apabila suami sakit, saya banyak menjaganya di hospital.

Saya mempunyai 4 anak masih belajar.

2 di sekolah menengah, seorang di Awisar dan seorang anak masih tadika.

Saya memohon sumbangan ikhlas tuan-puan, sahabat-sahabat bagi meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya.

Terima kasih.


Aminah Abdul Hamid

CIMB 7066189906



Untuk makluman, Encik Ramlee kini berada di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Tingkat 7.

Untuk maklumat lanjut, Puan Aminah dapat dihubungi di watsap.my/0145858240.

Akhirkata, semoga ALLAH swt memberi ganjaran yang berlipatganda diatas sumbangan anda. Amin.

-----
Maklumat Terkini
09/07/2019 - Terimakasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching dan Tabung Baitulmal Sarawak diatas bantuan yang dihulurkan.
11/08/2019 - PKMKS ziarah Encik Ramlee di Hospital Umum Sarawak. Beliau telah berada di HUS sejak 02hb Ogos.
  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.