Sunday 8 July 2018

Puan Husnul Yatimah dan Sukarelawan Jalanan


Mesej yang diterima semalam:
Salam dan selamat pagi. Toklah post dishare kamek dua hari yang lalu.  Tergerak hati kamek nak nanggar tempatnya.  Memang dhaif dan menyedihkan.  
Seorang mualaaf dan tinggal sebatang kara setelah bercerai dengan suaminya orang Malaysia.  Berasal dari Philillipine dan kini mendapat Status PR. Beliau tidak mahu balik ke negara asal kerana takut murtad atas pengaruh keluarga.
Menghidapi penyakit tiga serangkai dan asthma. Bekerja mengambil upah menjual sayur bila keadaan kesihatan mengizinkan.
Sesiapa yang sudi membantu seringgit duak ringgit tok no bank account beliau.
Beliau hanya merayu bantuan untuk memperbaiki rumahnya yang dhaif terutama dibahagian dapur dan jambam. Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan no account bank ada tertera dibawah.

7606287453 CIMB Bank. 
Husnul Yatimah binti Abdullah
Kampong Bintawa Hilir Kuching.

Hulurkan tangan ringankan beban.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

-----------
Keputusan pengerusi PKMKS untuk menziarahi Puan Husnul Yatimah Abdullah - seorang mualaf berasal dari Filipina - di Kampung Bintawa Hilir pagi tadi telah menghasilkan pertemuan yang tidak disangka dengan Sukarelawan Jalanan. 

PKMKS merasa gembira dan kagum dengan kehadiran dan kesungguhan yamg ditunjukkan oleh Sukarelawan Jalanan - Cik Suria Hj Adenan dan rakannya - dalam usaha untuk membantu Puan Husnul. 

Memandangkan PKMKS masih lagi baru, PKMKS perlu belajar daripada Sukarelawan Jalanan. Insyallah. 

PKMKS turut serta dalam sesi temubual dengan Puan Yatimah di rumah anak angkatnya. 

PKMKS juga turut serta dalam perjumpaan dengan Tuan Imam Haji Jaafar dirumahnya yang berhampiran dengan rumah anak angkat Puan Husnul. 

Kesefahaman telah dicapai dengan Tuan Imam Haji Jaafar. ALHAMDULILLAH. 

PKMKS mendoakan agar usaha Sukarelawan Jalanan dipermudahkan ALLAH swt. Aameen. 

PKMKS bersedia membantu sekiranya diperlukan. Insyallah.

👉👉👉 Ikuti blog PKMKS di Telegram - http://t.me/persatuankebajikanmelayukchsmrh.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.