Sunday 16 September 2018

ADUN Muara Tuang sokong usaha PKMKS


KOTA SAMARAHAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Haji Idris Buang menyatakan sokongannya terhadap usaha Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan untuk membantu mangsa strok menerima rawatan yang betul dirumah.

Sokongan ini dinyatakan oleh Busman Rambli, yang mewakili Idris, ketika menyampaikan ucapan
dalam Majlis Penyampaian Sijil untuk Bengkel Penjagaan dan Rawatan Asas Fisioterapi untuk mangsa strok di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam.

Busman juga mengumumkan ADUN Muara Tuang akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 kepada persatuan bagi tujuan membantu PKMKS menjayakan aktiviti-aktiviti persatuan.

Pengerusi persatuan Sepawie K. Alwi turut memberi ucapan.

Bengkel yang diadakan semalam ialah bengkel kedua yang diadakan pada tahun ini.

Seramai 13 peserta menghadiri bengkel tersebut.

Manakala bengkel pertama telah diadakan pada bulan Julai lepas di Bangunan RSS di Kuching dan dihadiri oleh 10 orang peserta.

PKMKS berhasrat untuk mengadakan bengkel ketiga pada bulan November ini di Kuching.

Faisal menyerahkan cenderamata kepada Busman.
Turut hadir dalam majlis ialah Pengerusi Pelbagai Jentera dan Penunggang Kuching Mohd Faisal Nebi.
  




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.