Tuesday 20 November 2018

13 sertai siri ketiga Bengkel Penjagaan dan Rawatan Asas Fisio Untuk Mangsa Strok

Para peserta berganbar bersama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PKMKS Encik Sepawie K.A. (empat dari kiri) dan Encik Mohd Faisal Nebi (lima dari kiri). Turut kelihatan ialah Bendahari PKMKS Puan Sharifah Rosni Wan Saimi (dua dari kanan) dan penceramah.
Bengkel Penjagaan dan Rawatan Asas Fisio Untuk Mangsa Stroke siri ketiga telah berjaya diadakan di Bilik Kuliah, Bangunan DUBS, Padungan pada hari ini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1440H


Friday 16 November 2018

Sekolah Tahfiz Ar-Razi perlu sumbangan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Munafiquun
[10] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[11] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
[12] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.