Friday 16 November 2018

Sekolah Tahfiz Ar-Razi perlu sumbangan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Munafiquun
[10] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[11] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
[12] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. 

Sekolah Tahfiz Ar-Razi  amat memerlukan sumbangan daripada umat Islam untuk menyediakan kemudahan kepada para pelajar.

Ketika ini, keperluan utama pihak sekolah ialah menyediakan:
* 12 buah kelas Sekolah Rendah Islam
* 12 buah kelas Sekolah Menengah Islam

Selain daripada itu, Sekolah Tahfiz Ar-Razi, yang beroperasi di di Taman Sumber Alam Sanctuary, Petra Jaya, Kuching, juga memerlukan, diantaranya:


* Perpustakaan
* Makmal Sains / Bahasa / Komputer
* Asrama Lelaki dan Perempuan
* Surau atau Masjid
* Bangunan Tambahan

Sekolah Tahfiz Ar-Razi memiliki sijil perakuan daripada Majlis Islam Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak, Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Berdasarkan risalah yang diedarkan oleh pihak sekolah, ia memerlukan sebanyak RM10 juta untuk merealisasi kesemua keperluan.

Sumbangan boleh dibuat melalui
*pindahan bank / tunai - Bank Muamalat Malaysia 11010002242714
*kiriman wang / cek - SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ISLAM TAHFIZ AR-RAZI (STA AR-RAZI)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
*Ustaz Shahril 013 667 7244
*Mas Formatima 014 692 1040
Semoga ALLAH swt memberi ganjaran yang sewajarnya diatas sumbangan anda.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.