Wednesday 30 January 2019

Abdul Rahman perlu bantuan kewangan untuk rawatan dialisis

Minggu lepas wakil PKMKS menziarahi Saudara Abdul Rahman Amin, 56 tahun, di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Beliau menetap di Kuching dan mengidap sakit buah pinggang; dan amat memerlukan bantuan untuk rawatan dailisis sebanyak tiga (3) kali seminggu.

Saudara Abdul Rahman, yang merupakan seorang penerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.00 sebulan, mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. 

Beliau dan isterinya tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Saturday 26 January 2019

Sesi Memperkenalkan PKMKS kepada Kampung Moyan Ulu

Pengerusi PKMKS Sdr SK Alwi (kanan sekali) dan Penolong Setiausaha Puan Dayang Siti Hasnah Abang Haji Joss (kiri sekali) bergambar dengan penduduk Kampung Moyan Ulu selepas berakhir sesi memperkenalkan PKMKS di Dewan Masyarakat Kampung Moyan Ulu.

PKMKS telah berkunjung ke Kampung Moyan Ulu untuk memperkenalkan persatuan kepada penduduk kampung petang tadi.

Wednesday 23 January 2019

Saturday 19 January 2019

Jawatankuasa Peringkat Kawasan untuk Kampung Lumba Kuda


Mesyuarat pertama Persatuan hari ini untuk tahun 2019 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Peringkat Kawasan untuk Kampung Lumba Kuda di Bahagian Kuching.

Mesyuarat Pertama 2019



PKMKS telah mengadakan mesyuarat di sebuah restoran di Matang Jaya hari ini.