Minggu lepas wakil PKMKS menziarahi Saudara Abdul Rahman Amin, 56 tahun, di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.
Beliau menetap di Kuching dan mengidap sakit buah pinggang; dan amat memerlukan bantuan untuk rawatan dailisis sebanyak tiga (3) kali seminggu.
Saudara Abdul Rahman, yang merupakan seorang penerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.00 sebulan, mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah.
Beliau dan isterinya tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.
Bantuan kewangan boleh dimasukkan kedalam akaun simpanan :
CIMB BANK BERHAD
7069267030
Semoga ALLAH swt memberikan ganjaran yang berlipat ganda diatas bantuan anda.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.