Tuesday 11 June 2019

PKMKS dan KRT Kpg Haji Baki akan anjur Bengkel Penjagaan Orang Tua Julai ini


Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) akan menganjurkan Bengkel Penjagaan Orang Tua di Kampung Haji Baki pada penghujung bulan Julai ini.

Penganjuran secara bersama dengan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Haji Baki.

Ia merupakan bengkel kedua selepas diadakan di Kampung Asajaya Tengah, dianjurkan secara bersama dengan KRT Kampung Asajaya Tengah, pada bulan April lepas.

Objektif bengkel ialah untuk membantu masyarakat belajar tentang cara penjagaan orang tua yang betul.

Penganjuran bengkel ini sempena dengan Kempen Kasih Warga Emas PKMKS.
  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.