Tuesday 26 March 2019

Perbincangan dengan Penasihat Khas TPM

Bergambar Bersama Dato Sri; Hafsah Harun (empat dari kiri) dan Dr Zaliha Mustafa (tiga dari kiri).

Penyertaan Perbincangan Lembaga Pelawat Institusi-Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Bersama Penasihat Khas (Hal Ehwal Sarawak) di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Hajah Hafsah Harun pagi tadi telah membuka mata Persatuan tentang peranan-peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi seperti Asrama Akhlak dan Desa Bina Diri.

Thursday 14 March 2019

Bengkel penjagaan orang tua di Kampung Tanjung Apong

Gambar Hiasan Sahaja


PKMKS dengan kerjasama KRT Tanjung Apong akan menganjurkan Bengkel Penjagaan Orang Tua di Kampung Tanjung Apong pada April 20 depan.

Tuesday 5 March 2019

Isu menghina Nabi Muhammad saw oleh pemilik akaun Facebook Danny A'antonio Jr (Adam Ondi Ahman)

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) Mohd Faisal Nebi berkata semua pihak mesti memainkan peranan untuk menjaga keharmonian antara pelbagai agama dan kaum di Sarawak, khasnya, dan Malaysia, amnya. 

"Kita tidak mahu negeri kita yang tercinta ini menjadi kacau bilau atas sebab sentimen anti keagamaan oleh mana-mana pihak kerana jika tercetus sebarang kekacauan, amat sukar untuk menjernihkan semula hubungan dalam jangka masa yang singkat," katanya.

Faisal berkata tiada pihak yang mendapat keuntungan daripada kekacauan yang berlaku. 

Monday 4 March 2019

PKMKS sambut baik program Perkhidmatan Ambulans secara percuma PKR DUN Nangka

UtusanBorneo KUCHING: Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) menyambut baik program Perkhidmatan Ambulans secara percuma oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Setiausaha PKMKS, Delfieqa Evona Bakri berkata program ini dijangka akan banyak memberi manfaat kepada masyarakat di DUN Nangka.

"Pihak kami ada menerima permohonan dari seorang pesakit kanser untuk membantunya mengurangkan kos pengangkutan dari rumahnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.