Tuesday 5 March 2019

Isu menghina Nabi Muhammad saw oleh pemilik akaun Facebook Danny A'antonio Jr (Adam Ondi Ahman)

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) Mohd Faisal Nebi berkata semua pihak mesti memainkan peranan untuk menjaga keharmonian antara pelbagai agama dan kaum di Sarawak, khasnya, dan Malaysia, amnya. 

"Kita tidak mahu negeri kita yang tercinta ini menjadi kacau bilau atas sebab sentimen anti keagamaan oleh mana-mana pihak kerana jika tercetus sebarang kekacauan, amat sukar untuk menjernihkan semula hubungan dalam jangka masa yang singkat," katanya.

Faisal berkata tiada pihak yang mendapat keuntungan daripada kekacauan yang berlaku. 


Beliau berharap kerajaan ajan memberi kaunseling kepada pemilik akaun Facebook tersebut bagi memberi kesedaran kepadanya terhadap keperluan untuk menjaga keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.

Petikan dari berita diterbitkan oleh UtusanBorneo Online pada 04/03.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.