Tuesday 20 August 2019

Usahawan perlu berdisiplin urus perniagaan


KOTA SAMARAHAN: Usahawan Melayu digesa agar mengamalkan disiplin yang tinggi dalam mengurus kewangan perniagaan.
  
Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) Sepawie K. Alwi berkata, ramai usahawan yang gagal dalam perniagaan bukan disebabkan tidak pandai berniaga tetapi atas sebab gagal mengurus kewangan dengan baik.

"Mungkin usahawan perlu berhati batu dalam aspek pengurusan kewangan perniagaan," katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikianselepas selesai sesi penerangan pembiayaan pinjaman perniagaan oleh pihak AgroBank Cawangan Samarahan.

Seramai 11 orang usahawan Asajaya, sebelum ini telah menghadiri Kelas Pemasaran Atas Talian eUsahawan anjuran PKMKS, menghadiri sesi penerangan tersebut di Pejabat Daerah Asajaya pada Sabtu lalu.

Beliau dalam masa yang sama turut menggesa usahawan agar mengambil pendekatan berkumpulan dalam memasarkan produk atau perkhdimatan mereka.

Sepawie mengambil contoh perniagaan jahitan dimana usahawan jahitan boleh menubuhkan kumpulan usahawan jahitan yang mana mereka secara bersama membuat pemasaran di sekitar bandaraya Kuching.

"Kumpulan ini bergerak atas satu nama atau jenama berusaha untuk mendapatkan pesanan perniagaan dari butik disekitar Kuching dan sekiranya berjaya, mengagihkan pesanan perniagaan ini dikalangan ahli-ahli kumpulan."

"Bergerak secara kumpulan seperti ini akan mengurangkan risiko dan persaingan perniagaan dikalangan usahawan jahitan," katanya.

PKMKS menganjurkan siri ketiga Kelas Pemasaran Atas Talian eUsahawan di Batu Kawa pada 25hb Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.