Sunday 11 August 2019

Wanita dari Kampung Matang Lot perlu sumbangan susu Ensure Gold


PKMKS menziarahi Puan Nurfarhanah Aini Hasbi tengahari tadi setelah menerima mesej mengenai beliau semalam.

Puan Nurfarhanah mengidap sakit asma kronik dan terlantar dirumah ibunya sejak setahun yang lalu.

PKMKS dimaklumkan oleh Puan Nur Fatihah, kakak Puan Nurfarhanah, bahawa adiknya memerlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk kos susu Ensure Gold.


Harga belian untuk setin Ensure Gold ialah RM85.90.

Puan Nurfarhanah, mempunyai seorang anak lelaki berusia 1 tahun 5 bulan, ada menerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan [No. Rujukan: 13/(0093/2018)].

Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mencukupi. 

Mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang susu Ensure Gold boleh membuat penghantaran ke:

Lot 26, Kampung Matang Lot, Kilometer 16, Jalan Matang Batu 10, 93050 Kuching.

Link untuk ke rumah ibu Puan Nurfarhanah :
 1°35'53.5"N 110°13'15.1"E

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi PKMKS dengan menggunakan borang hubungi PKMKS yang ada di blog ini.

-----
Maklumat Terkini
12/08/2019 - Terimakasih diucapkan kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menziarahi Puan Nurfarhanah pada pagi tadi.
  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.