Bengkel Penjagaan dan Rawatan Asas Fisio Untuk Mangsa Stroke siri ketiga telah berjaya diadakan di Bilik Kuliah, Bangunan DUBS, Padungan pada hari ini.
Tuesday, 20 November 2018
Friday, 16 November 2018
Sekolah Tahfiz Ar-Razi perlu sumbangan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah Al-Munafiquun
[10] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[11] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
[12] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Saturday, 27 October 2018
Hadiri ceramah sempena Hari Strok Sedunia 2018
Wakil PKMKS telah menghadiri ceramah sempena Hari Strok Sedunia 2018 di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya pagi tadi.
Ceramah yang disampaikan amat informatif.
Tuesday, 23 October 2018
Pusat Khidmat DUN Muara Tuang serah sumbangan kepada PKMKS
Wednesday, 17 October 2018
PKMKS adakan bengkel fisioterapi strok bulan November
PKMKS akan menganjurkan bengkel penjagaan dan rawatan asas fisioterapi untuk mangsa strok di Kuching pada bulan hadapan.
Sunday, 23 September 2018
Sunday, 16 September 2018
ADUN Muara Tuang sokong usaha PKMKS
KOTA SAMARAHAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Haji Idris Buang menyatakan sokongannya terhadap usaha Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan untuk membantu mangsa strok menerima rawatan yang betul dirumah.
Tuesday, 11 September 2018
Wednesday, 5 September 2018
14 peserta dijangka sertai bengkel fisioterapi asas strok pada bulan September
Bengkel Penjagaan dan Rawatan Asas Fisioterapi untuk Mangsa Strok akan diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 15 September ini.
Thursday, 2 August 2018
Isteri mangsa kemalangan dari Kampung Tanjung Bundong mohon bantuan
PKMKS menziarahi suami Puan Nur Hamizah bt Sadia di Hospital Umum Sarawak tengahari tadi setelah menerima mesej mengenai suaminya.
Tuesday, 24 July 2018
Puan Ba'ayah perlu sumbangan untuk beli 'pacemaker'
K E S TUTUP
PKMKS menziarahi Puan Ba'ayah Ulis dari Kampung Hulu Tebelu, Sebuyau di Pusat Jantung Sarawak, Samarahan petang tadi setelah mendapat mesej tular di WhatsApp mengenai permohonan daripada wakil keluarga beliau untuk mendapatkan sumbangan kewangan daripada orang awam bagi tujuan membeli 'pacemaker' dengan kadar segera.
Saturday, 14 July 2018
Bengkel penjagaan dan rawatan asas fisio untuk mangsa strok
Seramai 9 orang telah mengikuti Bengkel Penjagaan dan Rawatan Asas Fisio untuk Mangsa Strok yang telah diadakan di Bangunan RSS hari ini.
Friday, 13 July 2018
Sunday, 8 July 2018
Friday, 6 July 2018
Sumbangan kewangan dialu-alukan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi watsap.my/60163164 850 ataupun menggunakan borang yang ada di blog ini.
Thursday, 5 July 2018
Ziarah mangsa strok dari Sibu
Pengerusi PKMKS menziarahi seorang mangsa strok Encik Mohamad Yusuf dari Sibu di Hospital Umum Sarawak semalam.
Sunday, 1 July 2018
Suami penolong setiausaha masuk hospital
Suami kepada Puan Dayang Siti Hasnah Abang Haji Joss, Encik Mejelan, telah mengalami kemalangan di kawasan berdekatan dengan Kampung Moyan Ledang, Asajaya awal pagi tadi.
Friday, 15 June 2018
Saturday, 9 June 2018
Thursday, 7 June 2018
Sumbangan Ramadhan PKMKS 2018 di Samarahan
Sunday, 27 May 2018
Kelas rawatan asas strok di bulan Julai
Kelas rawatan asas strok akan diadakan pada bulan Julai ini oleh seorang ahli fisioterapi yang bertauliah.
Wednesday, 16 May 2018
Thursday, 10 May 2018
Tahniah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Terimakasih Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Tahniah diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad diatas perlantikkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-Tujuh.
Semoga Malaysia semakin maju dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat.
Terimakasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak diatas sumbangan yang telah diberi ketika menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-Enam.
Semoga kemajuan yang telah dibina akan menyemarakkan lagi api-api kemajuan di Malaysia.
Tuesday, 1 May 2018
Mencari sukarelawan fisioterapi
PKMKS mencari ahli fisioterapi Muslim yang berminat untuk bersama kami membantu mangsa-mangsa strok di kawasan Kuching dan Samarahan.
Monday, 30 April 2018
Mohon ahli gabungan PKMS dan PMS
Persatuan telah membuat permohonan kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) untuk menjadi ahli gabungan kedua-dua persatuan tersebut.
Sunday, 29 April 2018
PKMKS ziarah warga emas usia 77 tahun di Asajaya
PKMKS telah menziarahi seorang warga emas, Puan Jeta Bakar, yang berusia 77 tahun yang menetap di Kampung Asajaya Ulu petang tadi.
Thursday, 26 April 2018
PKMKS kunjungi pesakit stroke di Kampung Moyan Ulu dan Kampung Tambirat
Ahli Jawatankuasa PKMKS diketuai oleh Penolong Setiausaha Dayang Siti Hasnah Abg Haji Joss telah mengunjungi dua orang pesakit stroke di Kampung Moyan Ulu pada petang tadi.
Dalam kunjungan tersebut, PKMKS telah menemubual mereka untuk mengetahui keadaan mereka.
PKMKS turut menyatakan kesanggupan untuk berusaha mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.
Wednesday, 25 April 2018
PENGUMUMAN: Puan Sharifah Rosni Wan Saimi dilantik Ketua Biro Kebajikan Ibu Tunggal
Puan Sharifah Rosni Wan Saimi telah dilantik sebagai Ketua Biro Kebajikan Ibu Tunggal mulai April 21hb.
Sunday, 22 April 2018
Program Rumah Ihsan Wan Junaidi
PKMKS merasa gembira dan terharu diatas keprihatinan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar terhadap masalah rumah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak yang berada dalam Kawasan Parlimen Santubong.
Saturday, 21 April 2018
Tuesday, 17 April 2018
Tuesday, 10 April 2018
Thursday, 5 April 2018
Sarawak mesti SIFAR dadah !
Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan menggesa Kerajaan Negeri Sarawak agar memperhebatkan lagi gerakan anti-dadah bagi mencapai SIFAR-dadah di Sarawak.
Walaupun angka statistik menunjukkan Sarawak berada di kedudukan tiga terbawah, ia bukan suatu angka yang boleh dibanggakan kerana ia menunjukkan masih ada masalah dadah di Sarawak.
Kami percaya Sarawak hanya boleh mendabik dada jika tiada masalah dadah dan bukannya kerana berada di kedudukan tiga terbawah ataupun paling bawah.
Tuesday, 27 March 2018
Perjalanan Bermula Disini
Pada tanggal March 27, Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching Samarahan telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Subscribe to:
Posts (Atom)