Thursday 26 September 2019

ايبو توڠڬل ڤرلو بنتوان باءيقي رومه د كامڤوڠ تابوان


ڤرساتوان تله مڠونجوڠي رومه ڤوان مسليس عبدالله د كامڤوڠ تابوان 
هيلير سمالم.


Monday 26 August 2019

Kelas Online Marketing di Batu Kawa


كوچيڠ: سيري تراخير كلس ڤماسارن اتس تالين تله برجالن دڠن لنچر ڤد احد لڤس.

Tuesday 20 August 2019

Usahawan perlu berdisiplin urus perniagaan


KOTA SAMARAHAN: Usahawan Melayu digesa agar mengamalkan disiplin yang tinggi dalam mengurus kewangan perniagaan.
  

Monday 19 August 2019

Sesi Penerangan Program Pembiayaan Perniagaan AgroBank


PKMKS telah mengadakan sesi penerangan tentang pembiayaan perniagaan di Pejabat Daerah Asajaya pada Sabtu lepas.

Tuesday 13 August 2019

Usahawan patut pertimbang pendekatan pemasaran secara berkumpulan


KOTA SAMARAHAN: Para usahawan patut mempertimbangkan pendekatan pemasaran secara berkumpulan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara atas talian.

Sunday 11 August 2019

Sunday 28 July 2019

30 peserta hadiri bengkel penjagaan orang tua di Kampung Haji Baki, Kuching


KUCHING: Seramai 30 orang menyertai Bengkel Penjagaan Orang Tua yang diadakan di Tadika Perpaduan Kampung Haji Baki pagi tadi.

Monday 22 July 2019

Saturday 20 July 2019

35 usahawan Asajaya sertai Kelas Online Marketing eUsahawan


SAMARAHAN: Seramai 35 usahawan Asajaya telah menghadiri Kelas Online Marketing eUsahawan yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan petang tadi.

Wanita dari Kuching rayu sumbangan untuk suami jalani pembedahan dengan segera

Diambil dari facebook AzizieAzrap Samawi
Puan Madinah Abu Bakar, berasal dari Kampung Stapok, Kuching, memerlukan sumbangan kewangan dari orang ramai untuk membolehkan suaminya Encik Shahrulzaman Idris menjalani pembedahan vaskular dengan segera di hospital swasta di Pulau Pinang.

Saturday 6 July 2019

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ramlee Julaihi


Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Encik Ramlee Julaihi telah meninggal dunia pada jam 04:11pm @ 18 September 2019.

Monday 24 June 2019

Thursday 13 June 2019

Tuesday 11 June 2019

PKMKS dan KRT Kpg Haji Baki akan anjur Bengkel Penjagaan Orang Tua Julai ini


Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) akan menganjurkan Bengkel Penjagaan Orang Tua di Kampung Haji Baki pada penghujung bulan Julai ini.

Monday 22 April 2019

PKMKS anjur Bengkel Penjagaan Orang Tua di Kampung Asajaya Tengah



TERIMAKASIH: Faisal menyampaikan buah tangan kepada Suzana.
KOTA SAMARAHAN: Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) berpuas hati dengan penganjuran Bengkel Penjagaan Orang Tua di Dewan Tertutup Kampung Asajaya Tengah kelmarin.

Thursday 4 April 2019

Kunjungi Desa Bina Diri Kuching

Pengerusi PKMS Sepawie K. Alwi (kanan) dan Penguasa DBD Kuching Puan Tiong Kunyok (dua kiri) bergambar Bersama-sama kakitangan DBD Kuching.
Pagi tadi Pengerusi PKMKS Sepawie K. Alwi telah mengunjungi Desa Bina Diri Kuching untuk menjalinkan kerjasama diantara PKMKS dan institusi kebajikan tersebut.

Tuesday 26 March 2019

Perbincangan dengan Penasihat Khas TPM

Bergambar Bersama Dato Sri; Hafsah Harun (empat dari kiri) dan Dr Zaliha Mustafa (tiga dari kiri).

Penyertaan Perbincangan Lembaga Pelawat Institusi-Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Bersama Penasihat Khas (Hal Ehwal Sarawak) di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Hajah Hafsah Harun pagi tadi telah membuka mata Persatuan tentang peranan-peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi seperti Asrama Akhlak dan Desa Bina Diri.

Thursday 14 March 2019

Bengkel penjagaan orang tua di Kampung Tanjung Apong

Gambar Hiasan Sahaja


PKMKS dengan kerjasama KRT Tanjung Apong akan menganjurkan Bengkel Penjagaan Orang Tua di Kampung Tanjung Apong pada April 20 depan.

Tuesday 5 March 2019

Isu menghina Nabi Muhammad saw oleh pemilik akaun Facebook Danny A'antonio Jr (Adam Ondi Ahman)

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) Mohd Faisal Nebi berkata semua pihak mesti memainkan peranan untuk menjaga keharmonian antara pelbagai agama dan kaum di Sarawak, khasnya, dan Malaysia, amnya. 

"Kita tidak mahu negeri kita yang tercinta ini menjadi kacau bilau atas sebab sentimen anti keagamaan oleh mana-mana pihak kerana jika tercetus sebarang kekacauan, amat sukar untuk menjernihkan semula hubungan dalam jangka masa yang singkat," katanya.

Faisal berkata tiada pihak yang mendapat keuntungan daripada kekacauan yang berlaku. 

Monday 4 March 2019

PKMKS sambut baik program Perkhidmatan Ambulans secara percuma PKR DUN Nangka

UtusanBorneo KUCHING: Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan (PKMKS) menyambut baik program Perkhidmatan Ambulans secara percuma oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Setiausaha PKMKS, Delfieqa Evona Bakri berkata program ini dijangka akan banyak memberi manfaat kepada masyarakat di DUN Nangka.

"Pihak kami ada menerima permohonan dari seorang pesakit kanser untuk membantunya mengurangkan kos pengangkutan dari rumahnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Monday 25 February 2019

Ziarah wanita Indonesia di Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak

Kakitangan Pusat Perubatan Normah membantu Cik Ramlah Jakni.
Persatuan telah menziarahi Cik Ramlah Jakni dari Indonesia di Unit Rawatan Rapi di Hospital Umum Sarawak tengahari tadi apabila dimaklumkan kenalan Cik Ramlah di Kuching berhadapan dengan masalah kewangan atas sebab membantu dia atas dasar kemanusiaan.

Wednesday 20 February 2019

Bantuan untuk wanita yang mengidap sakit lutut


PKMKS telah menyampaikan bantuan makanan tambahan kesihatan kepada seorang wanita yang mengalami sakit lutut semalam.

Saturday 16 February 2019

Sumbangan makanan tambahan kesihatan untuk kanak-kanak dari Kampung Moyan Ulu

Persatuan telah menyampaikan sumbangan makanan tambahan kesihatan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari Kampung Moyan Ulu hari ini.

Friday 8 February 2019

Sumbangan makanan tambahan kesihatan untuk 2 orang kanak-kanak



Persatuan Kebajikan Melayu Bahagian Kuching dan Samarahan telah menyampaikan makanan tambahan kesihatan, Scott's Emultion Vita Orange, kepada dua orang kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan 5 tahun semalam.

Wednesday 30 January 2019

Abdul Rahman perlu bantuan kewangan untuk rawatan dialisis

Minggu lepas wakil PKMKS menziarahi Saudara Abdul Rahman Amin, 56 tahun, di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.

Beliau menetap di Kuching dan mengidap sakit buah pinggang; dan amat memerlukan bantuan untuk rawatan dailisis sebanyak tiga (3) kali seminggu.

Saudara Abdul Rahman, yang merupakan seorang penerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.00 sebulan, mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. 

Beliau dan isterinya tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Saturday 26 January 2019

Sesi Memperkenalkan PKMKS kepada Kampung Moyan Ulu

Pengerusi PKMKS Sdr SK Alwi (kanan sekali) dan Penolong Setiausaha Puan Dayang Siti Hasnah Abang Haji Joss (kiri sekali) bergambar dengan penduduk Kampung Moyan Ulu selepas berakhir sesi memperkenalkan PKMKS di Dewan Masyarakat Kampung Moyan Ulu.

PKMKS telah berkunjung ke Kampung Moyan Ulu untuk memperkenalkan persatuan kepada penduduk kampung petang tadi.

Wednesday 23 January 2019

Saturday 19 January 2019

Jawatankuasa Peringkat Kawasan untuk Kampung Lumba Kuda


Mesyuarat pertama Persatuan hari ini untuk tahun 2019 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Peringkat Kawasan untuk Kampung Lumba Kuda di Bahagian Kuching.

Mesyuarat Pertama 2019



PKMKS telah mengadakan mesyuarat di sebuah restoran di Matang Jaya hari ini.